Wednesday, November 26, 2008

Senaman Rakha yang Islamik Ganti Yoga

"Di Malaysia, sedang heboh pro-kontra larangan yoga untuk penganut agama Islam. Di Britain, seorang mualaf mencipta satu seni olahraga dengan gerakan-gerakan yang mirip Yoga, yang disebut sebagai Rakha.

Mualaf itu bernama Anthea Kissoon yang juga seorang pakar kecergasan. Sudah hampir 12 tahun Kissoon memberikan kesedaran tentang pentingnya kesihatan dan senaman bagi warga Muslim Britain. Dalam kalangan Muslim Britain, Rakha sudah sangat popular. Tahun depan, Kissoon merancang untuk membuka pusat latihan Rakha di Brirain.

Gerakan Rakha adalah gabungan dari gerakan-gerakan yoga dan tai chi. Kissoon menggunakan muzik-muzik Islami yang lembut untuk membangkitkan suasana spiritual dalam melakukan gerakan-gerakan tersebut.

Fatima Ismail, 32, seorang ibu dari tiga anak adalah salah seorang peserta latihan Rakha, perkataan yang diambil dari bahasa Arab, yang bermaksud "kejayaan". Dia mengatakan Rakha boleh dijadikan alternatif pengganti Yoga yang dikatakan tidak Islamik oleh ulama di Malaysia.

Gerakan Rakha menurut Fatima, ringan dan dapat melegakankan otot-otot sehingga jika dilakukan secara rutin tubuh akan terasa segar dan tenang. "Saya merasa lebih baik dari aspek fisik maupun spiritual. Stamina tubuh saya meningkat dan saya jadi lebih sabar dalam menghadapi anak-anak," jawab Fatima sambil tertawa ketika ditanya apa kesan senaman Rakha pada dirinya.

Lebih lanjut Kissoon menjelaskan, gerakan-gerakan Rakha mudah diikuti kerana mengambil gerakan-gerakan dalam solat dimana seluruh bahagian tubuh bergerak. "Banyak orang yang tidak meneadari bahawa gerakan-gerakan solat yang dilakukan setiap hari merupakan gerakan meditasi. Rasulullah mengatakan, solat merupakan olahraga yang alamiah yang dapat merevitalisasi tubuh kita," jelas Kissoon.

Kissoon mengambil masa enam tahun untuk menciptakan gerakan-gerakan Rakha dan memperkenalkannya pada warga Muslim . "Perlu kerja keras dan keteguhan hati untuk mewujudkannya. Ada sebahagian komuniti Muslim yang menentang senaman ini," ujarnya.

Sekarang, Rakha sudah mendapatkan sijil rasmi dari Complementary Medicine Association (CMA), organisasi dunia yang menguruskan pengubatan dan terapi alternatif. (ln/aby)


http://satuumat.blogspot.com/2008/11/senaman-rakha-yang-islamik-menggantikan.html