Thursday, July 31, 2008

Anwar Ibrahim bertanding di Permatang Pauh


PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi itu pada sidang media ibu pejabat PKR di sini, hari ini. Turut bersamanya ialah anak mereka iaitu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dan Nurul Nuha.

Dipetik dari Akhbar Berita harian
31 julai 2008

Sunday, July 27, 2008

Bakal President US


Pemilihan calon presiden parti-parti utama Amerika Syarikat, Republikan dan Demokratik tahun ini menarik minat yang luar biasa daripada seluruh dunia, tidak terkecuali dunia Islam.Minat luar biasa ini tertumpu pada tokoh muda Demokrat, Barack Hussein Obama, yang diletakkan harapan besar oleh banyak pihak termasuk minoriti Muslim di AS dan sejumlah besar Muslim di seluruh dunia.Minat dan harapan kepada Obama ini meletakkan senator dari Illinois ini di satu kedudukan yang istimewa. Obama disamakan dengan John F Kennedy, dari sudut idealisme dan harapan baru kepada AS.
Bagaimanapun, berbeza dengan Kennedy, Obama mendapat perhatian khusus dunia Islam. Muslim di AS dan seluruh dunia meletakkan harapan pada Obama untuk membawa perubahan yang jauh lebih baik, lebih-lebih lagi selepas bencana pentadbiran Presiden George W Bush. Sentimen minoriti juga menjadi satu punca sokongan Muslim AS kepada Obama. Beliau dilihat sebagai underdog, mewakili kumpulan yang sama dalam usaha memenangi jawatan yang selama ini dikuasai kaum majoriti kulit putih.
Obama sepanjang tempoh kempennya sangat berhati-hati dengan persepsi tentang agamanya, terutama terhadap dakwaan bahawa beliau sebenarnya seorang Muslim.Obama juga sehingga kini sangat berhati-hati dalam menerima sokongan warga Muslim AS. Beliau mungkin tidak mahu dikaitkan sebagai tokoh yang mewakili suara Muslim AS, terutama ketika masih terdapat warga AS yang percaya yang beliau sebenarnya seorang Muslim.
Dalam satu perkembangan yang memberi gambaran sikap sangat berhati-hati ini, dua orang wanita Muslim bertudung dihalang daripada duduk di belakang Obama dalam dua rali berasingan.Arahan itu dikatakan bukan datang dari Obama, tetapi hal itu menunjukkan persepsi negatif terhadap Muslim tetap wujud, dan wujud di kalangan mereka yang mengendalikan kempen Obama.Kedudukan di belakang posisi Obama ketika berucap penting bagi membina persepsi tentang sokongan meluas diperolehi. Mereka yang berada di bahagian itu akan dilihat pada gambar atau rakaman televisyen yang diambil ketika Obama berucap. Lebih pelbagai mereka yang duduk dibelakangnya, lebih beliau akan dilihat sebagai mewakili semua lapisan rakyat AS.
Malangnya, wujud persepsi yang kehadiran wanita Muslim bertudung akan menjejaskan imej Obama. Apapun sebab wanita terbabit dihalang daripada mengambil tempat itu, hal ini pasti mempunyai kaitan dengan persepsi berkaitan Islam yang cuba ditepis Obama.Ini bagaimanapun tidak bermakna sokongan dan harapan patut diberikan pada McCain. Pilihan untuk AS yang lebih baik bukan hanya terletak pada presiden, atau dua parti utama, Republikan dan Demokratik.Hal ini sepatutnya mendorong Muslim AS bergiat dalam politik dengan lebih aktif, dalam masyarakat sivil, kumpulan pelobi dan sebagai pengundi di semua peringkat. Pergantungan pada kuasa presiden semata-mata ialah satu pemahaman yang sangat menyeleweng.

JENAZAH BERUBAH MENJADI BABI HUTAN

Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.
"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu.
Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W.

Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.
Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya.
"Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

AWAN MENGIKUTI ORANG YANG BERTAUBAT

Diriwayatkan bahawa seorang tukang jagal terpesona kepada budak tetangganya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya di desa lain. Si tukang jagal lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berhasil menemukannya. Si tukang jagal lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati kesempatan langka dan indah itu. Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah."
Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata, "Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."

Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang haus dan nyaris mati. Is kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi hairan melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang jagal tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh itu berkata, "Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ."

FADHILAT BULAN SYABAN

Fadhilat Sya'banSya’ban merupakan bulan agung dalam taqwim Islam selain Rejab dan Ramadhan. Kehadiran Sya’ban sekali dalam setahun umpama kehadiran sebutir mutiara bersinar dalam gelita kegelapan menuju ke destinasi impian. Sya’ban dijanjikan Allah pelbagai kelebihan dan kenikmatan kepada hambanya yang bijak mengambil kesempatan.Sya’ban sebagai bulan persediaan menyambut dan mengagungkan Ramadhan. Individu yang merebut peluang ini akan merasai kehadiran Ramadhan sebagai suatu yang amat dinanti dan dirindui. Malam agung Lailatul Qadar dirasakan melambai-lambai menggamit kehadiran mereka ke gedung rahmatNya. Namun individu yang membiarkan Sya’ban berlalu tanpa memanfaatkannya akan tidak merasai kesemua ini. Bagi mereka Ramadhan adalah suatu bulan yang penuh kesusahan yang perlu dilaluidengan lapar dan dahaga.Oleh demikian, kita seharusnya melalui Sya’ban sebagai menurut landasan dan kehendak Islam. Seharusnya bagi kita untuk merebut segala mutiara berharga dalam bulan yang dijanjkan dengan pelbagai kelebihan ini. Mutiara-mutiara Sya’ban bakal digilapkan dan disinarkan buat menerangi laluan Ramadhan menuju ke destinai mardhatillah. Penghayatan Sya’ban juga kita nobatkan sebagai mengiktiraf bulan Islam di samping strategi menolak pengiktirafan ke atas bulan-bulan ciptaan yang menjadi keagungan manusia. Justeru itu, marilah kita sama-sama menyambut dan menghayati ketibaan Sya'ban dengan penuh keazaman untuk menambahkan amalan kita. Sabda Nabi SAW:Apabila masuk bulan Sya’ban, baikkanlah niatmu padanya kerana kelebihan Sya’ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.Sabda Nabi SAW:Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya’ban mengkafarahkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (Jasmani dan Rohani)Sabda Nabi SAW:Kelebihan Rejab atas bulan yang lain seperti kelebihan Quran atas segala Qalam. Kelebihan Sya’ban atas bulan yang lain seperti kelebihanku atas segala Anbiya’ Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekalian makhluknya.Sabda Nabi SAW:Bahawa puasa Sya’ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’ban kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezeki baginya (antara lain sabda baginda SAW) bahawa Allah membukakan pada bulan itu 300 pintu rahmatBarangsiapa berpuasa sehari pada bulan Sya’bandiharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Allah Yusuf A.S di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub dan Nabi Daud. (Hadis)Barangsiapa berpuasa pada awal hari Khamis pada bulan Sya’ban dan akhir Khamis daripada Sya’ban dimasukkan dia ke dalam syurga.(Hadis dari kitab Albarakah)Sabda Nabi SAW:Allah menilik pada hambanya pada malam Nisfu Sya’ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.Kemulian rejab pada Isra’nya, Kemulian Sya’ban pada Nisfunya dan kemulian Ramadhan pada Lailatul QadarnyaRejab bulan menabur benih Rejab menyucikan badannyaSya’ban bulan menyiram tanaman Sya’ban menyucikan hatinyaRamadhan bulan menuai Ramadhan menyucikan ruhnyaRejab bulan maghfirah Rejab bulan taubahSya’ban bulan syafa’ah Sya’ban bulan mahabbah Ramadhan bulan mardhatillah Ramadhan bulan rahmahRejab diganda 70 pahalaSya’ban diganda 70 pahalaRamadhan diganda 1000 pahalaSELAMAT MENGHAYATI SYA’BAN.......

FADHILAT BULAN REJAB

1. Rasulullah s.a.w. bersabda; "Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari Syurga.

2. Rasulullah s.a.w. bersabda; "Puasa 3 hari dalam bulan rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)."

3. Rasulullah s.a.w. bersabda; " Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipelihara Allah umurnya yang tinggal (baki) dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

4. Rasulullah s.a.w. bersabda; " Pusa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti berpuasa sebulan pahalanya."

5. Rasulullah s.a.w. bersabda; " Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

6. Rasulullah s.a.w. bersabda; " Sesiapa berpuasa 3 hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluarnya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kubur, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, 70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

7. Rasulullah s.a.w. bersabda; "Pusa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."

8. Berkata Syaidina Ali r.a.; " Berpuasa Rejab 13 hari itu seperti berpuasa 3,000 tahun."

9. Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa Rejab 15 hari itu seperti berpuasa 100,000 tahun."

10. Rasulullah s.a.w. bersabda; "Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."

11. Rasulullah s.a.w. bersabda; "Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."

12. Rasulullah s.a.w. bersabda; " Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

13. Rasulullah s.a.w. bersabda; " Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."

14. Berkata Syaidina Ali r.a.; "Berpuasa Rejab 15 hari itu seperti berpuasa 100,000 tahun."